Thursday, 27 October 2011

"Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah!

بسم الله الرحمن الرحيم

astaghfirullah.

Sungguh hina dan azab kepada orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.. astaghfirullah..

Ketika Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W menceritakan kepada seorang sahabat baginda S.A.W, bagaimanakah seksaan yang diterima oleh golongan berilmu tetapi tidak beramal dengannya, tidak menggunakan ia pada hatinya dan jasadnya, tidak menyebarkan kepada orang lain..

Sayyiduna Zaid bin Arqam meriwayatkannya dengan berkata (yang bermaksud) :

"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'pada Hari Kiamat, seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling.
Lalu penghuni Neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit, 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya."

(Hadith Riwayat Imam Bukhari)

astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..

wallahua'lam..

di antara hal yang paling ditakuti dan digeruni oleh para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W adalah digelar "munafik" tanpa mereka sedari..iaitu golongan yang "bercakap tidak serupa bikin"..

astaghfirullah.. hindari perwatakan itu ya Allah, hindari sifat itu ya Allah.. amin ya rabbi..

Golongan itu boleh juga dikira sebagai seorang munafik kerana orang munafik lahiriahnya bagus tetapi dalamannya rosak, astaghfirullah..

Lidahnya manis menuturkan kata-kata hikmah, namun amalannya pahit, astaghfirullah..

Mereka memperdayakan manusia dengan ilmu yang ada, padahal hatinya kosong dari keyakinan Iman dan Islam, astaghfirullah..

Golongan "ilmuwan" sebegini adalah munafik yang alim pada lisannya, pada zahiriahnya, astaghfirullah..

Bahaya munafik yang alim lisannya ini diberi ingatan oleh Sayyiduna Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan Umran bin Hushain..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya"

(Hadith riwayat Imam Tabrani)

astaghfirullah..

wallahua'lam..

"ya Allah, Engkau hadirkan ilmu kepadaku, maka hadirkan jua amal untuk ilmu itu kepadaku", amin ya rabbi..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat"
(Hadith Riwayat Ibn Hibbah)

astaghfirullah..

wallahua'lam..

Oleh sebab itu, niat yang tidak jujur dan tidak ikhlas menuntut ilmu kerana Allah membuatkan ilmu yang ada hanya setakat lidah tanpa ada pengalaman dan perbuatan.. Sedangkan ilmu itu semestinya di susuli dengan amalan kerana ilmu adalah IMAM dan amal adalah MAKMUN..

astaghfirullah..

maka..

"wahai hatiku, wahai jiwaku, wahai jasadku, bertaubatlah kepada Allah, amalkanlah apa yang telah ada pada jasadmu, pada jiwamu, pada hatimu, andai tiada lagi ilmu, maka berusahalah untuk mencarinya, mempelajarinya dan kemudian mengamalinya, amin ya rabbi"..
Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

(surah al-Mujadilah ayat 11)

wallahua'lam..

sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah S.W.T dengan SEPENUHNYA adalah orang yang ada padanya ilmu dan ada padanya amal yang istiqomah.. insya Allah, wallahua'lam..

daripada sahabat ana: http://dirihamba.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment