Saturday, 24 March 2012

Penawar kepenatan

Assalamualaikum sahabat-sahabatku seluruh negeri di Malaysia khususnya Sahabat2 dibumi KUIS. Moga-moga mendapat naungan Rahmat Allah.ameen..=] ana nak berkongsi dengan sahabat satu ilmu yang Allah berikan dan ana pelajari..jom kita baca !!hehe..

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:


"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya 
"Demi Allah aku tidak pernahmeninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ' Subhanallah ' (33 kali), ' Alhamdulillah ' (33 kali) dan ' Allahuakbar ' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya`Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Wassalam,
kredit: SahabatMusleem

Friday, 24 February 2012

Tinta Presiden Alam-Isu Sensitiviti Terhadap Umat Islam

Assalamualaikum w.b.t, apa kabar kepada sahabat2 khusus mahasiswa kuis?
Semalam timbul lagi isu pembakaran Al Quran, kini dilakukan pula oleh Tentera Amerika Syarikat dan kononnya tindakan mereka tidak disengajakan. Persoalannya berapa kali lagi ia akan berlaku ?

pada 2010, Gereja Florida telah mencetus kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.

Kelab Al-Azhar Members (Alam Kuis) mengutuk sekeras - kerasnya tindakan propaganda yang mencetus kemarahan ummat Islam seluruh dunia. Suatu tindakan yang tidak selayaknya dilakukan oleh insan yang bertamadun justeru ianya mempertajamkan lagi permusuhan antara mereka dengan ummat Islam.

Semoga Allah swt melaknat segala usaha untuk menghina dan memperlekehkan Islam dan memberi kekuatan kepada Ummat Islam untuk terus bangkit mempertahankan maruah agama dan harga diri.


Presiden Al-Azhar Members- Amirul Hafiz b. Othman