Showing posts with label Tarbiyah diri. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah diri. Show all posts

Friday, 30 March 2012

Jauhkan Perasaan Ujub Dalam Jiwa


Bissmillahirrahmannirrahim...kali ana sebarkan ilmu daripada sahabat ana iaitu soal ujub. Moga-moga memberi manfaat kepada antum semua.

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.


Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Kita terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Semoga Allah bersihkan hati kita untuk menidakkan sifat ujub ini. Takutnya jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub. 


Saturday, 24 March 2012

Penawar kepenatan

Assalamualaikum sahabat-sahabatku seluruh negeri di Malaysia khususnya Sahabat2 dibumi KUIS. Moga-moga mendapat naungan Rahmat Allah.ameen..=] ana nak berkongsi dengan sahabat satu ilmu yang Allah berikan dan ana pelajari..jom kita baca !!hehe..

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:


"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya 
"Demi Allah aku tidak pernahmeninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ' Subhanallah ' (33 kali), ' Alhamdulillah ' (33 kali) dan ' Allahuakbar ' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya`Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Wassalam,
kredit: SahabatMusleem

Tuesday, 27 December 2011

pandang dari segala aspek (^__^)


teman2ku sekalian, ingat..

1) jika kita berada di "atas" kini , kita pernah berada di "bawah" suatu ketika dulu.
2) jika kita berada di "bawah", kita jua kan berada di "atas" kelak.
3) kenapa kita minta keTERBUKAan tika kita berada di "bawah", akan tetapi kita begitu           terTUTUP tika kita di "atas"
4) kenapa kita minta "TA'AT" (wala') tika kita di "atas", akan tetapi kita begitu INGKAR tika kita di "bawah"

bukan semata2 madah bunga2 utk semua, tetapi tinta penuh harapan, HATI-HATI kita kembali bertaut..jom realisasikan..(^_^)

Thursday, 27 October 2011

"Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah!

بسم الله الرحمن الرحيم

astaghfirullah.

Sungguh hina dan azab kepada orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.. astaghfirullah..

Ketika Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W menceritakan kepada seorang sahabat baginda S.A.W, bagaimanakah seksaan yang diterima oleh golongan berilmu tetapi tidak beramal dengannya, tidak menggunakan ia pada hatinya dan jasadnya, tidak menyebarkan kepada orang lain..

Sayyiduna Zaid bin Arqam meriwayatkannya dengan berkata (yang bermaksud) :

"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'pada Hari Kiamat, seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling.
Lalu penghuni Neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit, 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya."

(Hadith Riwayat Imam Bukhari)

astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..

wallahua'lam..

di antara hal yang paling ditakuti dan digeruni oleh para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W adalah digelar "munafik" tanpa mereka sedari..iaitu golongan yang "bercakap tidak serupa bikin"..

astaghfirullah.. hindari perwatakan itu ya Allah, hindari sifat itu ya Allah.. amin ya rabbi..

Golongan itu boleh juga dikira sebagai seorang munafik kerana orang munafik lahiriahnya bagus tetapi dalamannya rosak, astaghfirullah..

Lidahnya manis menuturkan kata-kata hikmah, namun amalannya pahit, astaghfirullah..

Mereka memperdayakan manusia dengan ilmu yang ada, padahal hatinya kosong dari keyakinan Iman dan Islam, astaghfirullah..

Golongan "ilmuwan" sebegini adalah munafik yang alim pada lisannya, pada zahiriahnya, astaghfirullah..

Bahaya munafik yang alim lisannya ini diberi ingatan oleh Sayyiduna Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan Umran bin Hushain..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya"

(Hadith riwayat Imam Tabrani)

astaghfirullah..

wallahua'lam..

"ya Allah, Engkau hadirkan ilmu kepadaku, maka hadirkan jua amal untuk ilmu itu kepadaku", amin ya rabbi..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat"
(Hadith Riwayat Ibn Hibbah)

astaghfirullah..

wallahua'lam..

Oleh sebab itu, niat yang tidak jujur dan tidak ikhlas menuntut ilmu kerana Allah membuatkan ilmu yang ada hanya setakat lidah tanpa ada pengalaman dan perbuatan.. Sedangkan ilmu itu semestinya di susuli dengan amalan kerana ilmu adalah IMAM dan amal adalah MAKMUN..

astaghfirullah..

maka..

"wahai hatiku, wahai jiwaku, wahai jasadku, bertaubatlah kepada Allah, amalkanlah apa yang telah ada pada jasadmu, pada jiwamu, pada hatimu, andai tiada lagi ilmu, maka berusahalah untuk mencarinya, mempelajarinya dan kemudian mengamalinya, amin ya rabbi"..
Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

(surah al-Mujadilah ayat 11)

wallahua'lam..

sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah S.W.T dengan SEPENUHNYA adalah orang yang ada padanya ilmu dan ada padanya amal yang istiqomah.. insya Allah, wallahua'lam..

daripada sahabat ana: http://dirihamba.blogspot.com/

Wednesday, 26 October 2011

Sejukkan Dengan Wuduk


“Rasullullah SAW pernah menjelaskan orang 
yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak dari berlakunya perkara buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada keadaan yang lebih baik”.

Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabdaorang yang kuat bukan terletak pada kemampuannya berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah(HR Imam Ahmad)

Islam mengajar umatnya bagaimana mengawal diri ketika marah supaya kemarahannya tidak berlarutan. Antaranya, apabila seseorang sedang marah itu berdiri, adalah lebih baik dia duduk.

Sabda Rasullullah s.a.w‘jika seseorang antara kamu marah sedang dia dalam keadaan berdiri, mak hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang marahnya, maka hendaklah dia baring’. (HR Imam Ahmad)

Selain itu, mereka yang sedang marah boleh memadamkan kemarahannya dengan berwudhu’. Antara kelebihan berwudhu’ ialah membersihkan diri daripada kekotoran hati dan secara fizikalnya menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Hadis diriwayatkan Abu Daud bermaksud:‘sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang dari kamu marah, hendaklah dia berwudhu’.

Mereka yang Berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah.

Perkara ini dijelaskan Rasullullah s.a.w yang bermaksud:‘barangsiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya. Maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari yang ia sukai’. (HR Tirmidzi dan Ibn Majah)

Disamping mampu menahan sifat marah, seseorang itu perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkannya marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian.


Dikarang oleh Kelab Al-Azhar Members

Friday, 14 October 2011

Adakah Anda Seorang Yang Ikhlas

KITA mungkin selalu mendengar orang berkata,"saya ikhlas." Tapi itu sekadar adat berbahasa kerana tidak ada siapa pun tahu keikhlasan seseorang. Malah hati sendiri pun susah hendak diteropong sama ada ikhlas atau tidak ikhlas. Tapi sekurang-kurangnya keikhlasan dapat dibaca pada sikap dan tindak-tanduk kita. Cuba-cubalah kuiz ini.......

1. Anda sedang melangkah ke majlis pengajian di surau apabila ada yang menegur. "Rajin ke surau nampaknya, tak lama lagi bolehlah jadi ustazah/ustaz." Reaksi anda?

A. Teragak-agak hendak meneruskan langkah.B. Terus melangkah dengan sopan sambil berkata, "Amin, mudah-mudahan begitulah hendaknya..."2. Anda sangat menjaga waktu solat bila bersama rakan-rakan sealiran. Bila berseorangan?A. Hilang kekuatan dan selalu lewat solat.
B. Alhamdulillah,dapat pertahankan solat pada awal waktu.


3. Ada orang mengutip derma untuk kebajikan. Ketika itu anda hanya ada sedikit wang tapi tidak dapat mengelak. Bicara hati anda?

A. "Hai...melayanglah duit belanja aku..."B. "Moga-moga Allah nilai dan Allah ganti dengan yang lebih baik."4. Anda dipuji seseorang. Rasa hati anda?

A. Bangga tidak terperi.
B. Mengembalikan pujian kepada Allah.


5. Anda bermuka manis dan memberi senyuman kepada seorang teman, tapi dia seakan tidak memberi respons sahaja. Komen anda?

A. "Malas nak senyum-senyum lagi kat dia."B. "Agaknya mood dia tak berapa baik hari ni...Ada masalah agaknya."6."Amboi! Alim nampak..." tegur seorang kawan apabila melihat anda pertama kali berserban. Reaksi anda?

A. Tersinggung,rasa macam kena perli.B. Tenang dan masih boleh bermuka manis.7. Mudahkah bagi anda untuk konsisten membuat sesuatu amalan baik?

A. Susah
B. Mula-mula memang susah, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula.


8. Anda dilucutkan jawatan dalam persatuan dan menjadi ahli jawatankuasa biasa. Bicara hati anda?

A. "Tidak ada moodlah nak buat apa-apa lagi...."B. "Tak apalah, asalkan aku dapat terus berkhidmat bakti."9. Anda telah bersusah payah menjayakan sesuatu projek, tetapi tiada siapa pun yang menghargai. Reaksi anda?

A. Kecil hati dan hilang mood hendak buat lagi.B. Tetap bahagia kerana sudah berjaya sambil mengharap Allah terima sebagai ibadah.10. Anda ternampak seorang wanita daif menggunakan duit sedekah daripada anda untuk membeli rokok. Bicara hati anda?

A. "Tak patut sungguh. Ishh...menyesal pulak sedekah kat dia..."B. "Tak patut dia buat macam tu. Tapi tak apalah, mudah-mudahan dia dapat hidayah dan moga-moga sedekah aku tetap Allah terima."(Beri satu markah untuk diri anda bagi setiap jawapan 'B')ANALISIS MARKAH10: Anda masih tidak boleh mendakwa sebagai seorang yang ikhlas, kerana keikhlasan itu rahsia Allah. Hanya Allah yang dapat menilainya. Tetapi tanda-tanda keikhlasan sedikit sebanyak ada pada diri anda. Jangan jemu mencari keredhaan-Nya kerana Dia tidak pernah jemu menerima pengabdian daripada hamba-Nya.7-9: Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya. Tetapi keihlasan boleh diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan. Walaupun pada peringkat awalnya anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu menjadi sebati, akhirnya Allah campakkan keikhlasan di hati kita. Jangan lupa berdoa agar Allah masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.6 ke bawah: Mungkin tahap keikhlasan anda sangat kurang disebabkan anda belum dapat hayati tujuan sebenarnya hidup ini; untuk apa dan kerana siapa. Carilah keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia. Bumi yang kita pijak ini milik Allah, kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan Allah.Yakinlah, sungguhpun manusia suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau Allah suka dan sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk manusia.

created by myfriend: http://dirihamba.blogspot.com/